Assalamualaikum semua sahabat :)
Lama jugak saya tak update blog, sekarang saya nak cerita hari ni saya pergi mengajar di Sekolah Integriti Kajang buat kali kedua. hehe.. kalau bagi senior diorang memg banyak pergi, tapi saya junior rasa seronok sgt dpt pergi mengajar. Minat lebih menjurus kepada arah itu, dan buat pengetahuan kawan2 saya dan sekumpulan pelajar lain dr fakulti undang-undang UM menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang juga dikenali sebagai Community Outreach Program. Bukan sebab nak puji atau apa, atau sebab semalam saya dapat jadi high com hehe. Ok, berbalik kepada COP, tadi mengajar pelajar-pelajar di SIK sebenarnya dorang ni banduan yang telah dijatuhkan hukuman tetapi memandangkan umur mereka dibawah 21 tahun, mahkamah menempatkan mereka disini iaitu dalam sekolah didalam penjara Kajang.. Buat pengetahuan korang juga, sebahagian daripada mereka ini ditetapkan melalui pakaian mereka. Sebagai contoh, terdapat warna merah yang bermaksud banduan lama, ungu- tahanan reman, putih-baju kelas(pengajaran)dan terdapat juga warna-warna lain. Pengalaman saya pergi mengajar masa kali pertama dulu amat berbeza kerana saya agak gemuruh kerana risau dgn mereka. Tetapi buat kali ni, saya menikmati saat2 bersama mereka. Rupanya mereka ni sangat peramah dan sangat memberikan kerjasama.
Antara tempat yang saya telah pergi mengajar ialah:
Sekolah Taman Seri Puteri - Batu Gajah PerakSekolah Tunas Bakti- Taiping Perak
Sekolah Integriti Kajang
KL Crash Pad-Yayasan Chow Kit (dahulunya dikenali sebagai Rumah Nur Salam)
Berikut adalah antara sekolah-sekolah yang telah saya pergi sepanjang semester 2 ini.saya harap mereka akan memberi peluang kepada saya lagi untuk menambah ilmu pengetahuan disamping menyalurkan ilmu yang saya ada kepada mereka.
Tapi, kitorang perrgi bukan setakat pergi naik kereta sampai je tau,
persiapan untuk pergi tu mengambil masa berminggu-minggu untuk buat semuanya berhasil, antaranya:
Kena ada LESSON PLAN.
ok lesson plan ni kitorang akan meeting dan decide apa yang kita nak ajar and lay out kan semua aktiviti and tentatif program yang akan berlaku pada hari tersebut.
Bukan mudah nak jadi eduators ni,hee..Kesabaan dan Komitmen sangat penting :)
Seterusnya, saya ada berita yang sangat baik
Alhamdulillah, saya terpilih untuk menjadi Setiausaha COP sesi 2012/2013
Ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan insyaAllah saya akan dukung cabaran ini dengan gigih.
Terima kasih kepada yang mempercayai dan mengundi saya semalam di Annual General Meeting COP.
Kami sedang lunch :D TQ PN ASNIDA BELANJA MKN NASI AYAM.HEE
